Tuesday 2 February 2016

Mencuci darah

Assalamualaikum semoga pembaca yg membaca blog ini dicucuri rahmat & dipermudahkan segala urusan olehNya

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai pesakit buah pinggang tahap kronik atau dalam english cronic kidney disease. Ia juga dipanggil oleh doktor end stage renal failure. Pengetahuan tentang pesakit ini sangatlah penting walaupun pembaca masih muda kerana saya mendapat penyakit ini sewaktu umur saya baharu mencecah 26tahun  dan doktor mengesahkan bahawa sudah bertahun saya sakit tetapi tidak sedar.

Insya Allah saya akan kongsikan apa simptom2 penyakit ini nanti.

Hari ini saya nak bercerita tentang HD ( ini singkatan yg selalu digunakan oleh jururawat atau doktor). HD (hemodialisis-mencuci darah menggunakan air) adalah treatment cuci darah dimana apabila buah pinggang gagal berfungsi pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk mencuci darah kerana darah didalam badan terlalu kotor. Darah terlalu kotor bilamana bahan kumuh terkumpul tidak dapat dikeluarkan oleh air kencing kerana buah pinggang gagal berfungsi.

Kebiasaanya rawatan ini mengambil masa selama 4 jam setiap rawatan. Pada mulanya saya hanya perlu menjalani rawatan selama 2 jam. Selepas 2 kali rawatan, doktor memanjangkan rawatan saya ke 4 jam. Ini adalah kebiasaan tempoh setiap rawatan. 

Apabila bahan kumuh terlalu banyak dalam badan bacaan urea & kretinin melalui ujian darah sangat tinggi. Sewaktu saya disahkan sakit doktor mendapati bacaan urea saya 40 dan kretinin 1000+. Ini merupakan bacaan yang sangat membahayakan nyawa.

Ok berbalik pada HD. Kebiasaan pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan 3 kali seminggu untuk menstabilkan darah dan bendalir dalam badan. Pasti anda tertnya-tanya apa kena mengena dengan bendalir? Tadi hanya sebut pasal darah kotor? Untuk pengetahuan anda apabila buah pinggang gagal berfungsi, ini akan menjejaskan pundi kencing kita dimana pundi kencing tidak dapat mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan. Air kencing yang keluar akan berkurangan. Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit ckd kaki mereka lebih2 lagi di kawasan buku lali bengkak kemudian bahagian badan lain mula membengkak.

Ramai kawan-kawan dan saudara mara tanya sakit x buat cuci darah? Apabila sedang menjalani rawatan cuci darah alhamdulillah pesakit tidak merasa sakit.

Bagaimana ia berfungsi? Missy akan menghidupkan mesin dialisis dan air akan  dimasukkan kedalam tiub yang akan dipasang pada mesin dan disambungkan ke graf/tapak yang telah dipasang pada badan pesakit. Air tersebut akan menarik darah keluar dari tubuh dan dilalukan ke penapis supaya dibersihkan. Penapis ini tugasnya sama macam buah pinggang kita. Ia akan menapis bahan-bahan kumuh dalam badan.

Missy akan menyuntik heparin ke tiup dialisis atau ubat cair darah supaya darah yang keluar tidak membeku dan menjadi berketul-ketul.
Walaupun membuat rawatan cuci darah tidak sakit, memasang graf/tapak pada badan adalah satu proses yang agak menyakitkan.

Ada beberapa tempat di badan yang doktor boleh memasang tiup bagi disambung dengan tiup mesin dialisis dan ini biasa dipanggil graf atau tapak.

Menurut pengalaman peribadi saya, pada mula-mula saya dimasukkan ke kecemasan doktor dengan tidak lengah lagi memasukkan tiup di peha kanan saya. Saya dipahamkan bahawa tiup dipeha kanan hanya boleh digunakan seminggu. Saya cuma menggunakannya 2 kali. Pada mulanya saya sangka badan saya tidak perlu ditebuk lagi selepas dimasukkan tiup di peha tp jangkaan saya meleset apabila doktor perlu memasang tiup di belah kanan leher saya.

Hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya apabila tiup dimasukkan di peha. Doktor memberi ubat bius tapi saya masih merasa sakit. Missy memberitahu disebabkan umur saya masih muda deria rasa saya masih sensitif dan kuat kerana itulah saya masih rasa sakit.

Apabila doktor memasukkan tiup, saya merasakan macam ada benda yang berlanggar dengan tulang saya. Innalillah . Prosesnya cuma mengambil masa dalam 15 ke 20min.  Pembaca tidak perlu risau dan khuatir, Allah permudahkan segalanya untuk saya Insya Allah untuk anda juga yang sama sakit macam saya.

Kos rawatan setiap dialisis dianggarkan rm200 ke rm300 di pusat dialisis swasta. Di hospital kuala lumpur kosnya cuma rm13. 

Insya Allah saya akan berkongsi lagi pengalaman saya. Saya berharap tulisan saya dapat dijadikan pengajaran dan pemahaman lebih tentang sakit buah pinggang. Ini merupakan pengalaman saya, ini bukanlah nasihat daripada doktor yang bertauliah ye ;)

Saya ingin berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan remaja-remaja muda yang sama situasi dengan saya.

Sebarang pertanyaan & komen boleh ditulis di bawah ye. Assalamualaikum


6 comments:

  1. Salam, boleh saya tahu berapa kos untuk buat tapak? Adakah pesakit perlu diwadkan selepas tapak dipasang.?

    ReplyDelete
  2. Sebab sy difahamkan hanya ada beberapa hospital swasta yg boleh melakukan pemasangan tapak ini..dan kos adalah berbeza-beza

    ReplyDelete
  3. Salam...ada 2 soalan yg ingin saya tanya pada saudari...1)boleh saya tahu sekarang anda masih mendapat rawatan hemodialisis atau sudah bertukar ke capd? 2)berapakah bacaan creatinine ketika anda perlu melakukan dialysis dan egf ketika itu.Saya adalah pesakit ckd stage 4 dan mempunyai bacaan creatinine 340 dan egfr pula pada bacaan 18..sekian terima kasih..

    ReplyDelete
  4. Sedih bila melihat orang yang terpaksa menjalani dialisis seumur hidup. Moga semuanya dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Banarkah ada testimoni2 produk yg mengatakan selepas mengambil produk tersebut mereka tak perlu dialisis lg?

    ReplyDelete
  6. Sgt serupa kisah anda dgn saya, harap sambung kisah ini....

    ReplyDelete