Wednesday 3 February 2016

Simptom-simptom sakit buah pinggang

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi ttg simptom-simptom sakit buah pinggang. Apabila berbicara tentang sakit buah pinggang kebiasaannya doktor akan kaitkan dengan stages atau peringkat penyakit itu sendiri. Sakit buah pinggang ada peringkat 1 hingga 5. Peringkat 5 adalah end stage penyakit tersebut. Apabila end stage bermakna buah pinggang telah rosak teruk dan pesakit perlu bergantung pada mesin dialisis.

Pengalaman saya sewaktu mula-mula "diagnosed", fungsi buah pinggang saya tinggal 10%. Oleh itu pada sesiapa yang buah pinggangnya belum rosak teruk macam saya, bukan peringkat 5, pemakanan adalah amat penting untuk dijaga. Perlu megamalkan "really strict diet" dengan kandungan protein yang  rendah. Ini untuk mengelakkan buah pinggang bekerja keras dan lebih cepat rosak. Dapatkan nasihat dietician untuk mengatur jadual pemakanan anda.

Macam mana pesakit mengetahui dia di peringkat mana? Ini hanya boleh diketahui melalui ujian darah dan ujian ultrasound.

Ok berbalik pada simptom-simptom sakit buah pinggang. Untuk pengetahuan semua, untuk kes saya simptom-simptomnya tidak dapat dikesan dengan jelas. Doktor memberitahu sesetengah orang mmg tidak sedar dia menghidapi penyakit ini. Ada yang memanggil penyakit ini sebagai silent killer. Oleh itu, dinasihatkan agar anda membuat screening/ ujian darah setiap 3 bulan untuk mengesan tahap fungsi buah pinggang.

Sememangnya fungsi buah pinggang makin lama makin merosot mengikut umur, oleh itu tidak hairanla apabila orang-orang yang sudah tua mengidap sakit buah pinggang. Tetapi buah pinggang kita akan lebih mudah rosak disebabkan darah tinggi dan kencing manis yg tidak dikawal. Oleh itu, kurangkan pengambilan garam separuh drp yang selalu diambil dan kawal kandungan glukos dalam badan.

Jangan terkejut apabila saya katakan bahawa buah pinggang yg rosak boleh menyebabkan darah tinggi. "It works the other way around too". Macam kes saya doktor berpendapat bahawa buah pinggang yang rosak menyebabkan saya mempunyai darah tinggi.

Ini kerana ìa adalah abnormal untuk orang muda mengidap darah tinggi. Tiga bulan sebelum saya disahkan sakit, didapati saya mempunyai tekanan darah tinggi yg sememangnya tinggi anggaran 190/90. Jika anda menghidapi tekanan darah tinggi begini saya nasihatkan tanpa berlengah terus membuat ujian darah.

Untuk kes saya, doktor tidak dapat membuat ujian biopsi (mengambil tisu buah pinggang) dan mengetahui sebab sebenar kerana buah pinggang saya telah mengecut dan saiznya sudah sangat kecil.

Doktor juga berpendapat bahawa saya dilahirkan dengan saiz buah pinggang yg kecil berbanding normal kerana sewaktu saya dilahirkan, saiz badan saya sangat kecil dan ringan. Wallahualam hanya Allah yang mengetahui dan hanya kepadaNya kita kembali.

Simptom-simptom yg ada pada saya adalah :

1. Tekanan darah tinggi (3 bln sblm "diagnosed")
2. Badan cepat penat ( bertahun)
3. Tumbuh jerawat di bahagian badan selain muka (setahun ke 2 thn)
4. Muntah-muntah (tetapi simptom ini  keluar apabila sudah terlambat-doktor memberitahu saya muntah-muntah kerana badan saya terlalu berasid dan banyak bahan kumuh terkumpul dlm badan)
5. Demam tidak baik-baik (keluar bersama simptom muntah-muntah)
6-fikiran mudah keliru (simptom akhir)

Jika diikutkan simptom-simptom yg ada pada saya, amatlah susah utk kita mengetahui kita sudah sakit tetapi berikut adalah simptom-simptom lain yg biasa pesakit hadapi:

1- bengkak di bhgn kaki lebih lagi buku lali dan bhgn badan yg lain

2- air kencing berkapur ( ada benda lain di dlm air kencing)

3- apabila kencing, terasa berpasir

4-sakit di bhgn pinggang

5-apabila baring, terasa susah bernafas (rasa seperti lemas).ini kerana buah pinggang & pundi kencing tidak dapat membuang lebihan air dlm badan menyebabkan air masuk ke jantung. Jantung boleh membengkak. Ini adalah situasi yg sangat serius dan boleh membahayakan nyawa.

6. Tahap haemoglobin dalam badan rendah, menyebabkan pucat dan cepat penat ( kidney tidak dapat menghasilkan haemoglobin yg cukup ke badan)

7. Perubahan warna pada "feces" menjadi hitam.

8. Kekerapan buang air kencing berkurangan

Ini adalah simptom-simptom yg saya pelajari semasa di hospital dan berdasarkan risalah yg dibaca berkenaan sakit saya. Tidak semestinya jika anda mempunyai satu dua simptom menunjukkan anda sakit buah pinggang. Tetapi berjaga-jagalah lebih-lebih lagi anda yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis.

Sekali lagi saya nasihatkan walaupun anda masih muda dan bertenaga, buatlah screening/ujian darah setiap 3 bulan. Saya dulu tidak mengamalkan habit ini. Early prevention is the best cure dan apabila makan berpada-pada la dan keep a healthy lifestyle. Wallahualam. Assalamualaikum. :)

Tuesday 2 February 2016

Mencuci darah

Assalamualaikum semoga pembaca yg membaca blog ini dicucuri rahmat & dipermudahkan segala urusan olehNya

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai pesakit buah pinggang tahap kronik atau dalam english cronic kidney disease. Ia juga dipanggil oleh doktor end stage renal failure. Pengetahuan tentang pesakit ini sangatlah penting walaupun pembaca masih muda kerana saya mendapat penyakit ini sewaktu umur saya baharu mencecah 26tahun  dan doktor mengesahkan bahawa sudah bertahun saya sakit tetapi tidak sedar.

Insya Allah saya akan kongsikan apa simptom2 penyakit ini nanti.

Hari ini saya nak bercerita tentang HD ( ini singkatan yg selalu digunakan oleh jururawat atau doktor). HD (hemodialisis-mencuci darah menggunakan air) adalah treatment cuci darah dimana apabila buah pinggang gagal berfungsi pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis untuk mencuci darah kerana darah didalam badan terlalu kotor. Darah terlalu kotor bilamana bahan kumuh terkumpul tidak dapat dikeluarkan oleh air kencing kerana buah pinggang gagal berfungsi.

Kebiasaanya rawatan ini mengambil masa selama 4 jam setiap rawatan. Pada mulanya saya hanya perlu menjalani rawatan selama 2 jam. Selepas 2 kali rawatan, doktor memanjangkan rawatan saya ke 4 jam. Ini adalah kebiasaan tempoh setiap rawatan. 

Apabila bahan kumuh terlalu banyak dalam badan bacaan urea & kretinin melalui ujian darah sangat tinggi. Sewaktu saya disahkan sakit doktor mendapati bacaan urea saya 40 dan kretinin 1000+. Ini merupakan bacaan yang sangat membahayakan nyawa.

Ok berbalik pada HD. Kebiasaan pesakit buah pinggang perlu menjalani rawatan 3 kali seminggu untuk menstabilkan darah dan bendalir dalam badan. Pasti anda tertnya-tanya apa kena mengena dengan bendalir? Tadi hanya sebut pasal darah kotor? Untuk pengetahuan anda apabila buah pinggang gagal berfungsi, ini akan menjejaskan pundi kencing kita dimana pundi kencing tidak dapat mengeluarkan cecair berlebihan dalam badan. Air kencing yang keluar akan berkurangan. Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit ckd kaki mereka lebih2 lagi di kawasan buku lali bengkak kemudian bahagian badan lain mula membengkak.

Ramai kawan-kawan dan saudara mara tanya sakit x buat cuci darah? Apabila sedang menjalani rawatan cuci darah alhamdulillah pesakit tidak merasa sakit.

Bagaimana ia berfungsi? Missy akan menghidupkan mesin dialisis dan air akan  dimasukkan kedalam tiub yang akan dipasang pada mesin dan disambungkan ke graf/tapak yang telah dipasang pada badan pesakit. Air tersebut akan menarik darah keluar dari tubuh dan dilalukan ke penapis supaya dibersihkan. Penapis ini tugasnya sama macam buah pinggang kita. Ia akan menapis bahan-bahan kumuh dalam badan.

Missy akan menyuntik heparin ke tiup dialisis atau ubat cair darah supaya darah yang keluar tidak membeku dan menjadi berketul-ketul.
Walaupun membuat rawatan cuci darah tidak sakit, memasang graf/tapak pada badan adalah satu proses yang agak menyakitkan.

Ada beberapa tempat di badan yang doktor boleh memasang tiup bagi disambung dengan tiup mesin dialisis dan ini biasa dipanggil graf atau tapak.

Menurut pengalaman peribadi saya, pada mula-mula saya dimasukkan ke kecemasan doktor dengan tidak lengah lagi memasukkan tiup di peha kanan saya. Saya dipahamkan bahawa tiup dipeha kanan hanya boleh digunakan seminggu. Saya cuma menggunakannya 2 kali. Pada mulanya saya sangka badan saya tidak perlu ditebuk lagi selepas dimasukkan tiup di peha tp jangkaan saya meleset apabila doktor perlu memasang tiup di belah kanan leher saya.

Hanya Allah yang tahu bagaimana sakitnya apabila tiup dimasukkan di peha. Doktor memberi ubat bius tapi saya masih merasa sakit. Missy memberitahu disebabkan umur saya masih muda deria rasa saya masih sensitif dan kuat kerana itulah saya masih rasa sakit.

Apabila doktor memasukkan tiup, saya merasakan macam ada benda yang berlanggar dengan tulang saya. Innalillah . Prosesnya cuma mengambil masa dalam 15 ke 20min.  Pembaca tidak perlu risau dan khuatir, Allah permudahkan segalanya untuk saya Insya Allah untuk anda juga yang sama sakit macam saya.

Kos rawatan setiap dialisis dianggarkan rm200 ke rm300 di pusat dialisis swasta. Di hospital kuala lumpur kosnya cuma rm13. 

Insya Allah saya akan berkongsi lagi pengalaman saya. Saya berharap tulisan saya dapat dijadikan pengajaran dan pemahaman lebih tentang sakit buah pinggang. Ini merupakan pengalaman saya, ini bukanlah nasihat daripada doktor yang bertauliah ye ;)

Saya ingin berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan remaja-remaja muda yang sama situasi dengan saya.

Sebarang pertanyaan & komen boleh ditulis di bawah ye. Assalamualaikum